Bagaimana untuk merancang jantina anak??
Sebenarnya sperma @ benih lelaki menjadi penentu
jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa kromosom X dan Y.
Sedangkan telur atau benih isteri hanya membawa kromosom X.
Jadi jantina anak akan terbentuk bergantung
kromosom mana yang bercantum.
❤ X+Y (anak lelaki)
❤ X+X (anak perempuan).
Kenali ciri-ciri kromosom :
✿✿ Benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih
cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih
lama.
✿✿ Benih Y juga lebih tahan dalam cecair yang
beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.
Cara merancang anak lelaki
1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau,
nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 6 bulan sebelum
mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium
juga diperlukan.
2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari
penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting.
3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali
dengan melakukan ‘douching’ atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20
ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum
mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli
dari farmasi.
4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial
insemination) setelah air mani suami menjalani proses ‘layering’, atau
menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan
lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak
dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi
diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.
Cara Merancang anak perempuan
1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti
limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan
makanan laut.
2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur
isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari ‘ovulation’
yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.
3. Melakukan ‘douching’ dengan menggunakan cecair
asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.
Semua ini hanya usaha. Sesungguhnya Allah yang
berkuasa ke atas sesuatu. In sha Allah dengan berkat pertolongan Nya.